Jumaat, 22 Februari 2013

Elysyle Dx Lingerie

                                                       



                                                       

Anda ingin memiliki bentuk badan yang cantik?
Inginkan payudara dan punggung yang mantap?
Ingin membeli corset yg berkualiti tapi tak berkemampuan?
Jangan risau kami menyediakan pembayaran secara ansuran.
Pakai dahulu dan bayar kemudian... sambil menjana pendapatan yang lumayan.
                                                       

Keistimewaan ELYSYLE DX :
Payudara Montok
- Bra dengan tali lilit yang lebar mengumpul dan meratakan lebihan lemak di sisi, belakang dan di bawah lengan supaya kelihatan montok secara semulajadi.
Payudara Tegap
- Body shaper dengan sokongan yang mantap, mencegah payudara daripada herot, menolong melawan kekenduran dan menyerlahkan alur yang menggoda.
Pinggang ramping
- Waist nipper membentuk semula badan anda dengan mengawal lemak di bahagian pinggang dan sisi untuk memberikan garis pinggang yang sempurna.
Punggung pejal
- Rekaan girdel berstruktur mengalihkan lemak ke atas dan membentuk punggung yang bulat.
Paha berpotongan cantik
- Rekaan lebih panjang pada girdel membantu meratakan bonjolan paha supaya kelihatan lebih langsing dan cantik.

                                                 

SESIAPA YANG BERMINAT DAN INGINKAN KORSET INI
SERTA KETERANGAN LANJUT
SILALAH HUBUNGI :
LIEYA ( 017-7388354 ) / AJAK ( 012-7628836 )

                                    

                                        
                                            

Ahad, 3 Februari 2013

Nothing Special...

Emm...
Dah lama tak update blog.
Macam lah bz bebenor.
Baru2 ni ajak msj,
nak kaya tak?
Aku jawab semua org nak.
So, mlm tu dia amik aku dgn ank gi McD Ulu Tiram.
Kat sana jumpa dgn brother Fadli.
La.. rupanya produk Elken.
Citer mmg lah syok klu dpt org wet masyuk tapi klu tak..
Emm.. wat penat jer..

Tapi ajak nk mcm paksa jer..
Mula2 aku da semangat jga tapi
bila org yg aku ajak join tak minat sbb fikir susah nk cri org.
Ajak masih lagi berharap aku kembali
tapi..
perasaan syg dulu tu dah hilang..
kini aku tiada siapa2 dlm hati ini.
Dah tertutup ke tak tau lah..
Tapi aku tak akan menolak kalau jmp yang beriman
sbb aku nak lelaki yang dapat membimbing aku ke akhirat..

Ahad, 20 Januari 2013

Penipu..

Bape hari ni hujan jer.
Sejuk giler..
Kalau dah hujan je mesti perut lapar kan..
Dan kadang2 aku terfikir si dia.
Sejak si dia mendiamkan diri, aku tak boleh nak cintakan sesiapa.
Bukan mudah untuk hati ini menerima cinta dan memberi.
Kalau ada pun mungkin atas dasar kesian kot..
Bukan ape, susah kalau hati ini tak jumpa dengan hati yg serasi.
Betul tak?
Lagi2 status mcm aku ni lelaki senang nak amik kesempatan.
Emm... kadang2 terdetik di hati, aku ni akan keseorangan hingga ke akhir hayat ker?
Mungkin aku kenal dia semata2 untuk aku melupakan Ajak kot.
Hanya sementara...
Dah setahun pun aku hidup tanpa suami.
Z nak kembali bersama.
Tapi aku tak percayakan dia. 
Memang dia lah lelaki yg paling aku sayang dulu.
Dan mungkin aku masih ada rasa cinta padanya.
Cuma sekarang dah xda feel.
Bak kata kak katy,
Bukan tak cinta tapi dah tak bernafsu..
Hahaha..
Biarlah aku begini kalau dah takhdir hidup sendiri sampai ke tua nak buat macam mana kan...
Ada sorang yang aku kenal ni pun lagilah penipu besar.
Dah lah tipu dia bukan org melayu tapi sarawak.
Ni tipu pasal keje n semua lah..
Pendek kata semua dia nak tipu.
Konon keje bagus nak tunjuk diri berduit tapi HAPRAK...
Bila kita tolak dia, dia tak boleh terima.
Pastu kata accident pula.
Konon nak raih simpati lah..
Sume tu tipu je kan.
Tak pe lah dik oii..
Keje lah rajin2 pasni boleh naik pangkat.
So pasni tak payah lah nak klentong sana, klentong cni..
Tak penat ke keje menipu je...
Aku pantang lah lelaki penipu ni.
Just can say Hi Hi Bye Bye la..

TAKE NOTE

Rabu, 16 Januari 2013

Tiada Rasa Cinta Lagi..

Maaf kan aku kalau aku dah tak mampu
Nak cintakan siapa2 lagi selepas ni.
Nak kata serik tak juga.
Aku masih berkawan dengan sesiapa
Tapi untuk mengetuk pintu hati ini
kembali merasai cinta yang tulus ikhlas
Adalah sesuatu yang sukar untuk aku lakukan..
Ya memang aku kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup aku dulu.
Perlukah aku menangis kerana lelaki lagi?
Tak perlu jadi bodoh kerana lelaki.
Andai ditakhdirkan aku bertemu jodoh sekali lagi,
aku akan belajar menyintainya selepas nikah.
Biarlah lelaki kat luar sana nak kata ape..
Kerana lelaki hanya mampu berjanji
tapi..
mereka tak mampu nak kotakan
dan janji hanya tinggal janji.
Aku hanya mampu berdoa bertemu jodoh dgn lelaki
yang betul2 ikhlas terhadap ku dan ank2.
Bukan hanya tau cakap kosong tanpa mampu buktikan ape2..
Sekian..


Sabtu, 5 Januari 2013

Tak da yang faham..

Ape salah aku?
Aku sedar aku ni janda.
Tapi teruk sangat ke status aku ni?
Aku tak minta jadi begini.
Tak ada mana2 perempuan dlm dunia ni nak kan penceraian.
Adakah wanita yg berstatus janda ni tak layak nak hidup bahagia?
Orang yang mengata boleh cakap sesuka hati tapi org tau ke ape yg berlaku dlm hidup aku n 
anak beranak dulu?
Saat2 aku susah n berdepan dgn kemelut rumah tangga
yg berlaku dahulu tak kan lah aku nak canang 1 dunia?
Org yg mengata tak kan faham sbb tak lalui ape yang aku rasa.
Ape korang rasa saat sarat mengandung ditinggalkan suami?
Aku yg menanggung keperitan tapi orang sesuka hati mengata aku ni
perempuan yang tak baik sbb tu lah jadi janda.
Terpulang la..
Aku tak dapat nak tutup mulut org yg nak mengata aku sesuka hati.
Suatu hari kalau terkena batang hidung sendiri nanti baru terasa..
:'(

Jumaat, 28 Disember 2012

Char Kuew Teow


Ini lah rupa char kuew teow yg adik aku masak.
Adik no.2 n 3 yg mengusahakan perniagaan sambilan ni.
Biasalah mula2 buka warung xda sambutan sangat 
tapi,
hari ke3 n seterusnye sambutan agak memuaskan sampai 
habis bahan jualan sebelum tgh malam.
Kebiasaannya...
Customer yg datang adalah org yg sama.
So..
Mesti lah char kuew teow tu sedap kan.
Nak delivery pn ada tp ada cas penghantaran n tgk kawasan lah.
Korang ape lagi bila nak datang singgah n rasa?
Pasti sedap, puas hati n datang lagi.
Hi3 :)..

Rabu, 26 Disember 2012

Yang teraniaya..

Kenapa kau buat aku mcm ni....
Tak cukup ke kau aniaya aku dgn anak2 dulu?
Tak cukup ke segala kesedihan yg aku lalui dulu?
Aku dah banyak tolong kau.
Aku rasa dah tak terhitung hutang2 kau dulu2..
Aku tak pernah suarakan kat mahkamah hak nafkah anak.
Aku boleh buat klu aku nak tapi
aku malas n x kuasa nk turun naik mahkamah.
Bukan aku minta nafkah yang sepatutnye kau bagi
tapi..
Kenapa kau sikit pun x nak tolong ank2 kau sendiri?
Dah nak naik sekolah tapi ada kau hulur?
Xda pun..
Kau janji,
pinjam duit aku n nak bayar balik.
Masa nak pinjam bukan main berjanji.
Aku tolong kau walau aku susah.
Tapi sekarang ape yg kau buat?
Aku x kisah kau aniaya aku.
Tapi kau sebenarnye aniaya ank2 kau sendiri.
Sampai hati kan kau buat mcm ni.
Aku lah yg t'kontang kanting cari nafkah tuk besarkan ank2 kau.
Aku x tau lah kau ni manusia jenis ape.
Anak pompuan tu boleh pula kau bagi duit.
Sape pompuan tu dgn kau yg masih status isteri org?
Sape anak dia dgn kau?
Xda kne mengena pun tapi kau ambil kisah.
Sedangkan anak2 kau sendiri,
Kau x peduli pun..
X pe lah z.
Suatu hari biar Allah je yg balas semua kekejaman kau ke atas aku n anak2 aku.
Dan
 jgn salahkan aku kalau suatu hari nanti ank2 kau akan buang kau terus dr kehidupan diorg 
sbb kau yg buat ank2 kau lupakan kau.
Dan jangan kau menyesal kerana tiada zuriat lagi selain dr ank2 aku.