Rabu, 31 Julai 2013

Despicable Me Toys Mania

Salam...
Lama dah tak update blog ni.
Tak da cite best.
Alhamdulillah setelah fobia dari jatuh motor, aku bangkit dan sekarang,
aku dah da lesen motor dan dah kuar sebiji moto yamaha ego s.
Aku suka skuter sebab kalau pakai baju kurung senang nak bawa.
Pejam celik dah tinggal lagi seminggu nak raya.
Aku bukan nak cite pasal puasa atau raya kali ni.
Tapi pasal mainan Happy Meal.
Toys despicable me yang dorang panggil banana la, minion la..
ntah pe pn aku tak tau.
Padahal mainan tu xda function pe pun.
Tapi aku tak faham pe yang org cina dok kejar sangat.
Disebabkan mainan tu,
aku dan yang lain kena turun padang.
Kena datang keje ot kul 11pm.
Sangat mengejutkan customer dah beratur sampai ke luar mcD.
OMG...
Giler ke pe dorang ni???...
Tuk minggu jualan terakhir kena bagi 2 kupon pada customer.
Maknanye sorang leh beli 2set sahaja.
Tepat kul 12 kupon diedarkan. keadaan mmg mcm ribut sampai kena panggil polis.
Kul 1.30AM, mainan dah habis dijual.
Apalagi, marah la dorang yang tak dapat beli toys tu.
Tapi apa daya kitorang. Salah kitorang ke benda tu dah habis?
Tak faham customer sampai nak cari gaduh, nak ugut2..
Sory tu say la..
memang bodoh nak beratur lama hanya kerana mainan bodoh tu..

Salam....

Ahad, 5 Mei 2013

Undi Oh Undi

Dah pukul 6am liatnye nak bangun.
 Nset dah bunyi tanda masej masuk dari sidia.
Ngantok.. Penat keje x hilang lagi..
Mak dah panggil ingatkan pegi mengundi.
Maklum lah tgh uzur mls nak bangun cpt.
Dgn badan yg agak berat ni bgn la gosok baju n mandi.
Tgk jam dah pukul 8.30am.
Aku mengundi di sek pelangi indah. Mak n adik no2 kt sek sg tiram.
Aku rasa nk ikut ke sg tiram. Fikir pas aku undi dpt la ikut mak.
Sampai dpn sek x jadi aku nak turun org ramai giler beratur sampai ke luar.
Gi sg tiram la dlu. Cuaca agak panas.
Aku n ank2 menunggu di pondok pemeriksaan nama undi.
X lama mira serta akak n adiknye sampai nk mengundi.
Lama gak menunggu mak n adik ni. Aku dan ank2 siap bersarapan kat kedai mkn sebelah.
Dah kul 10> baru lah mak n adik siap mengundi.
Pastu singgah econsave bli lauk. Ramai gak cuctomer.
Ramai yg tak mengundi agaknya...
Sampai rumah adik aku no3 baru nak mandi. Dia mengndi di pusat yg sama dgn aku.
So gi dgn dia. Aku ingatkan org dah reda n kurang. 
Tapi...
Mak ai... ramainye...
Punyelah panjang beratur.
This was my first time.
Tentulah teruja n rasa penatnye la nk mengundi. 
Tak pe la bknnye selalu kan..
Akhirnye sekian lama beratur panjang sampai lah giliran aku mengundi.
Lega dah settle...


Biru jariku. 

Khamis, 18 April 2013

Sesal...

Andai dapat kuputar masa..
Tak akan sesekali aku mengenali kau.
Kau hadir dalam hidup aku bukan kerana ikhlas
tapi niat sekadar tuk kepentingan diri sendiri.
Apalah erti hidup berumah tangga selama ni..
Walaupun kini dah tak ada ape2 lg,
kenapa kau masih nak susahkan hidup aku?
Tak cukup ke sengsara yang kau cipta untuk aku?
Apa dosa aku pada kau?
Apakah kau tiada hati dan perasaan?
Siapakah anak2 dimata kau?
Bila difikir2 kan menyesalnye aku mengenali kau.
Sesal...
Sesal yang teramat sangat.
Tapi aku harap lepas ni jangan lah susahkan hidup aku lagi.
Jangan lah buat aku menangis di atas segala kata2 kau yang menghiris hati.
Kau pijak2 diri ini.
seolah2 aku ni tak pernah jadi sebahagian dari hidup kau dulu.
Fikirkan aku adalah ibu pada anak2 kau.
Fikirkan aku yang membesarkan diorang.
Tapi kau tak fikir tu semua.
Aku letih.


Letih sangat dgn peel kau ni..

Khamis, 21 Mac 2013

Kek Basi???...

19hb 3 2013, genap lah usia Zahazriq Arsyad Bin Zahari
yang ke 3 tahun.
Dah besar panjang tp manja lagi.
Aku tak hadiahkan ape2 pun.
Cuma kek je yang dapat aku belikan.

Balik bawak kek bukan main suka lagi. Tak sabar nak buka kotak kek.


Tapi bila makan je kek ni,
Alahai...
Basi ke?
Aggh.. ruginye...
Sian Arsyad. Dah la ayahnya langsung tak ingat birthday dia,
Belikan kek pun kek nye dah basi..
Nak wat cmana redha je la..

Rabu, 13 Mac 2013

Bila hati mula bicara...

Dah lama tak update blog..
Bz bebenor...
Sejak akhir2 ni berkepit dgn mira jer..
Teman dia kesana sini minta keje.
Penat gak tp sbb kwn punye pasal kan layan je la..
Sian gak bebudak kena tinggal jer..
Bukan sengaja, bukan suka2 nak kuar.
Ajak nak mcm dulu tapi seriusly mmg aku tak boleh nk go on 
lagi dengan dia.
Aku cuba bagi peluang tp hati ni memang tak boleh dipaksa.
Jadi tolonglah anggap kita ni kwn saja yer..
Aku pun tak tau yg mcm mana aku nk sebenarnyer..
Tapi aku nak lelaki yg sentiasa ingatkn aku solat.
Tak kisah lah klu dulu dia terejal tp sekarang dah berubah pe salahnye kan..
Bukan hati ni senang nak suka kat org..
Aku tak boleh go on dgn ajak bukan sbb da lelaki lain tapi 
memang tak boleh nak wat cmana?
Hati tak boleh dipaksa.
Tapi tak mustahil hati ni berubah tuk org lain.
Someone coming...
Tak nak lah kecoh nanti habuk pun tak ada.
Rilex2 sudah.
Biar aku je yg tau.
Tup2 je aku update jemputan kahwin sape tau.
hehehe..
Tunggu dan lihat je la..
Jodoh tu hanya ALLAH je yg tau...

Jumaat, 22 Februari 2013

Elysyle Dx Lingerie

                                                       



                                                       

Anda ingin memiliki bentuk badan yang cantik?
Inginkan payudara dan punggung yang mantap?
Ingin membeli corset yg berkualiti tapi tak berkemampuan?
Jangan risau kami menyediakan pembayaran secara ansuran.
Pakai dahulu dan bayar kemudian... sambil menjana pendapatan yang lumayan.
                                                       

Keistimewaan ELYSYLE DX :
Payudara Montok
- Bra dengan tali lilit yang lebar mengumpul dan meratakan lebihan lemak di sisi, belakang dan di bawah lengan supaya kelihatan montok secara semulajadi.
Payudara Tegap
- Body shaper dengan sokongan yang mantap, mencegah payudara daripada herot, menolong melawan kekenduran dan menyerlahkan alur yang menggoda.
Pinggang ramping
- Waist nipper membentuk semula badan anda dengan mengawal lemak di bahagian pinggang dan sisi untuk memberikan garis pinggang yang sempurna.
Punggung pejal
- Rekaan girdel berstruktur mengalihkan lemak ke atas dan membentuk punggung yang bulat.
Paha berpotongan cantik
- Rekaan lebih panjang pada girdel membantu meratakan bonjolan paha supaya kelihatan lebih langsing dan cantik.

                                                 

SESIAPA YANG BERMINAT DAN INGINKAN KORSET INI
SERTA KETERANGAN LANJUT
SILALAH HUBUNGI :
LIEYA ( 017-7388354 ) / AJAK ( 012-7628836 )

                                    

                                        
                                            

Ahad, 3 Februari 2013

Nothing Special...

Emm...
Dah lama tak update blog.
Macam lah bz bebenor.
Baru2 ni ajak msj,
nak kaya tak?
Aku jawab semua org nak.
So, mlm tu dia amik aku dgn ank gi McD Ulu Tiram.
Kat sana jumpa dgn brother Fadli.
La.. rupanya produk Elken.
Citer mmg lah syok klu dpt org wet masyuk tapi klu tak..
Emm.. wat penat jer..

Tapi ajak nk mcm paksa jer..
Mula2 aku da semangat jga tapi
bila org yg aku ajak join tak minat sbb fikir susah nk cri org.
Ajak masih lagi berharap aku kembali
tapi..
perasaan syg dulu tu dah hilang..
kini aku tiada siapa2 dlm hati ini.
Dah tertutup ke tak tau lah..
Tapi aku tak akan menolak kalau jmp yang beriman
sbb aku nak lelaki yang dapat membimbing aku ke akhirat..

Ahad, 20 Januari 2013

Penipu..

Bape hari ni hujan jer.
Sejuk giler..
Kalau dah hujan je mesti perut lapar kan..
Dan kadang2 aku terfikir si dia.
Sejak si dia mendiamkan diri, aku tak boleh nak cintakan sesiapa.
Bukan mudah untuk hati ini menerima cinta dan memberi.
Kalau ada pun mungkin atas dasar kesian kot..
Bukan ape, susah kalau hati ini tak jumpa dengan hati yg serasi.
Betul tak?
Lagi2 status mcm aku ni lelaki senang nak amik kesempatan.
Emm... kadang2 terdetik di hati, aku ni akan keseorangan hingga ke akhir hayat ker?
Mungkin aku kenal dia semata2 untuk aku melupakan Ajak kot.
Hanya sementara...
Dah setahun pun aku hidup tanpa suami.
Z nak kembali bersama.
Tapi aku tak percayakan dia. 
Memang dia lah lelaki yg paling aku sayang dulu.
Dan mungkin aku masih ada rasa cinta padanya.
Cuma sekarang dah xda feel.
Bak kata kak katy,
Bukan tak cinta tapi dah tak bernafsu..
Hahaha..
Biarlah aku begini kalau dah takhdir hidup sendiri sampai ke tua nak buat macam mana kan...
Ada sorang yang aku kenal ni pun lagilah penipu besar.
Dah lah tipu dia bukan org melayu tapi sarawak.
Ni tipu pasal keje n semua lah..
Pendek kata semua dia nak tipu.
Konon keje bagus nak tunjuk diri berduit tapi HAPRAK...
Bila kita tolak dia, dia tak boleh terima.
Pastu kata accident pula.
Konon nak raih simpati lah..
Sume tu tipu je kan.
Tak pe lah dik oii..
Keje lah rajin2 pasni boleh naik pangkat.
So pasni tak payah lah nak klentong sana, klentong cni..
Tak penat ke keje menipu je...
Aku pantang lah lelaki penipu ni.
Just can say Hi Hi Bye Bye la..

TAKE NOTE

Rabu, 16 Januari 2013

Tiada Rasa Cinta Lagi..

Maaf kan aku kalau aku dah tak mampu
Nak cintakan siapa2 lagi selepas ni.
Nak kata serik tak juga.
Aku masih berkawan dengan sesiapa
Tapi untuk mengetuk pintu hati ini
kembali merasai cinta yang tulus ikhlas
Adalah sesuatu yang sukar untuk aku lakukan..
Ya memang aku kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup aku dulu.
Perlukah aku menangis kerana lelaki lagi?
Tak perlu jadi bodoh kerana lelaki.
Andai ditakhdirkan aku bertemu jodoh sekali lagi,
aku akan belajar menyintainya selepas nikah.
Biarlah lelaki kat luar sana nak kata ape..
Kerana lelaki hanya mampu berjanji
tapi..
mereka tak mampu nak kotakan
dan janji hanya tinggal janji.
Aku hanya mampu berdoa bertemu jodoh dgn lelaki
yang betul2 ikhlas terhadap ku dan ank2.
Bukan hanya tau cakap kosong tanpa mampu buktikan ape2..
Sekian..


Sabtu, 5 Januari 2013

Tak da yang faham..

Ape salah aku?
Aku sedar aku ni janda.
Tapi teruk sangat ke status aku ni?
Aku tak minta jadi begini.
Tak ada mana2 perempuan dlm dunia ni nak kan penceraian.
Adakah wanita yg berstatus janda ni tak layak nak hidup bahagia?
Orang yang mengata boleh cakap sesuka hati tapi org tau ke ape yg berlaku dlm hidup aku n 
anak beranak dulu?
Saat2 aku susah n berdepan dgn kemelut rumah tangga
yg berlaku dahulu tak kan lah aku nak canang 1 dunia?
Org yg mengata tak kan faham sbb tak lalui ape yang aku rasa.
Ape korang rasa saat sarat mengandung ditinggalkan suami?
Aku yg menanggung keperitan tapi orang sesuka hati mengata aku ni
perempuan yang tak baik sbb tu lah jadi janda.
Terpulang la..
Aku tak dapat nak tutup mulut org yg nak mengata aku sesuka hati.
Suatu hari kalau terkena batang hidung sendiri nanti baru terasa..
:'(