Ahad, 20 Januari 2013

Penipu..

Bape hari ni hujan jer.
Sejuk giler..
Kalau dah hujan je mesti perut lapar kan..
Dan kadang2 aku terfikir si dia.
Sejak si dia mendiamkan diri, aku tak boleh nak cintakan sesiapa.
Bukan mudah untuk hati ini menerima cinta dan memberi.
Kalau ada pun mungkin atas dasar kesian kot..
Bukan ape, susah kalau hati ini tak jumpa dengan hati yg serasi.
Betul tak?
Lagi2 status mcm aku ni lelaki senang nak amik kesempatan.
Emm... kadang2 terdetik di hati, aku ni akan keseorangan hingga ke akhir hayat ker?
Mungkin aku kenal dia semata2 untuk aku melupakan Ajak kot.
Hanya sementara...
Dah setahun pun aku hidup tanpa suami.
Z nak kembali bersama.
Tapi aku tak percayakan dia. 
Memang dia lah lelaki yg paling aku sayang dulu.
Dan mungkin aku masih ada rasa cinta padanya.
Cuma sekarang dah xda feel.
Bak kata kak katy,
Bukan tak cinta tapi dah tak bernafsu..
Hahaha..
Biarlah aku begini kalau dah takhdir hidup sendiri sampai ke tua nak buat macam mana kan...
Ada sorang yang aku kenal ni pun lagilah penipu besar.
Dah lah tipu dia bukan org melayu tapi sarawak.
Ni tipu pasal keje n semua lah..
Pendek kata semua dia nak tipu.
Konon keje bagus nak tunjuk diri berduit tapi HAPRAK...
Bila kita tolak dia, dia tak boleh terima.
Pastu kata accident pula.
Konon nak raih simpati lah..
Sume tu tipu je kan.
Tak pe lah dik oii..
Keje lah rajin2 pasni boleh naik pangkat.
So pasni tak payah lah nak klentong sana, klentong cni..
Tak penat ke keje menipu je...
Aku pantang lah lelaki penipu ni.
Just can say Hi Hi Bye Bye la..

TAKE NOTE

Rabu, 16 Januari 2013

Tiada Rasa Cinta Lagi..

Maaf kan aku kalau aku dah tak mampu
Nak cintakan siapa2 lagi selepas ni.
Nak kata serik tak juga.
Aku masih berkawan dengan sesiapa
Tapi untuk mengetuk pintu hati ini
kembali merasai cinta yang tulus ikhlas
Adalah sesuatu yang sukar untuk aku lakukan..
Ya memang aku kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup aku dulu.
Perlukah aku menangis kerana lelaki lagi?
Tak perlu jadi bodoh kerana lelaki.
Andai ditakhdirkan aku bertemu jodoh sekali lagi,
aku akan belajar menyintainya selepas nikah.
Biarlah lelaki kat luar sana nak kata ape..
Kerana lelaki hanya mampu berjanji
tapi..
mereka tak mampu nak kotakan
dan janji hanya tinggal janji.
Aku hanya mampu berdoa bertemu jodoh dgn lelaki
yang betul2 ikhlas terhadap ku dan ank2.
Bukan hanya tau cakap kosong tanpa mampu buktikan ape2..
Sekian..


Sabtu, 5 Januari 2013

Tak da yang faham..

Ape salah aku?
Aku sedar aku ni janda.
Tapi teruk sangat ke status aku ni?
Aku tak minta jadi begini.
Tak ada mana2 perempuan dlm dunia ni nak kan penceraian.
Adakah wanita yg berstatus janda ni tak layak nak hidup bahagia?
Orang yang mengata boleh cakap sesuka hati tapi org tau ke ape yg berlaku dlm hidup aku n 
anak beranak dulu?
Saat2 aku susah n berdepan dgn kemelut rumah tangga
yg berlaku dahulu tak kan lah aku nak canang 1 dunia?
Org yg mengata tak kan faham sbb tak lalui ape yang aku rasa.
Ape korang rasa saat sarat mengandung ditinggalkan suami?
Aku yg menanggung keperitan tapi orang sesuka hati mengata aku ni
perempuan yang tak baik sbb tu lah jadi janda.
Terpulang la..
Aku tak dapat nak tutup mulut org yg nak mengata aku sesuka hati.
Suatu hari kalau terkena batang hidung sendiri nanti baru terasa..
:'(