Salam...
Lama dah tak update blog ni.
Tak da cite best.
Alhamdulillah setelah fobia dari jatuh motor, aku bangkit dan sekarang,
aku dah da lesen motor dan dah kuar sebiji moto yamaha ego s.
Aku suka skuter sebab kalau pakai baju kurung senang nak bawa.
Pejam celik dah tinggal lagi seminggu nak raya.
Aku bukan nak cite pasal puasa atau raya kali ni.
Tapi pasal mainan Happy Meal.
Toys despicable me yang dorang panggil banana la, minion la..
ntah pe pn aku tak tau.
Padahal mainan tu xda function pe pun.
Tapi aku tak faham pe yang org cina dok kejar sangat.
Disebabkan mainan tu,
aku dan yang lain kena turun padang.
Kena datang keje ot kul 11pm.
Sangat mengejutkan customer dah beratur sampai ke luar mcD.
OMG...
Giler ke pe dorang ni???...
Tuk minggu jualan terakhir kena bagi 2 kupon pada customer.
Maknanye sorang leh beli 2set sahaja.
Tepat kul 12 kupon diedarkan. keadaan mmg mcm ribut sampai kena panggil polis.
Kul 1.30AM, mainan dah habis dijual.
Apalagi, marah la dorang yang tak dapat beli toys tu.
Tapi apa daya kitorang. Salah kitorang ke benda tu dah habis?
Tak faham customer sampai nak cari gaduh, nak ugut2..
Sory tu say la..
memang bodoh nak beratur lama hanya kerana mainan bodoh tu..
Salam....












