Ahad, 20 Januari 2013

Penipu..

Bape hari ni hujan jer.
Sejuk giler..
Kalau dah hujan je mesti perut lapar kan..
Dan kadang2 aku terfikir si dia.
Sejak si dia mendiamkan diri, aku tak boleh nak cintakan sesiapa.
Bukan mudah untuk hati ini menerima cinta dan memberi.
Kalau ada pun mungkin atas dasar kesian kot..
Bukan ape, susah kalau hati ini tak jumpa dengan hati yg serasi.
Betul tak?
Lagi2 status mcm aku ni lelaki senang nak amik kesempatan.
Emm... kadang2 terdetik di hati, aku ni akan keseorangan hingga ke akhir hayat ker?
Mungkin aku kenal dia semata2 untuk aku melupakan Ajak kot.
Hanya sementara...
Dah setahun pun aku hidup tanpa suami.
Z nak kembali bersama.
Tapi aku tak percayakan dia. 
Memang dia lah lelaki yg paling aku sayang dulu.
Dan mungkin aku masih ada rasa cinta padanya.
Cuma sekarang dah xda feel.
Bak kata kak katy,
Bukan tak cinta tapi dah tak bernafsu..
Hahaha..
Biarlah aku begini kalau dah takhdir hidup sendiri sampai ke tua nak buat macam mana kan...
Ada sorang yang aku kenal ni pun lagilah penipu besar.
Dah lah tipu dia bukan org melayu tapi sarawak.
Ni tipu pasal keje n semua lah..
Pendek kata semua dia nak tipu.
Konon keje bagus nak tunjuk diri berduit tapi HAPRAK...
Bila kita tolak dia, dia tak boleh terima.
Pastu kata accident pula.
Konon nak raih simpati lah..
Sume tu tipu je kan.
Tak pe lah dik oii..
Keje lah rajin2 pasni boleh naik pangkat.
So pasni tak payah lah nak klentong sana, klentong cni..
Tak penat ke keje menipu je...
Aku pantang lah lelaki penipu ni.
Just can say Hi Hi Bye Bye la..

TAKE NOTE

Rabu, 16 Januari 2013

Tiada Rasa Cinta Lagi..

Maaf kan aku kalau aku dah tak mampu
Nak cintakan siapa2 lagi selepas ni.
Nak kata serik tak juga.
Aku masih berkawan dengan sesiapa
Tapi untuk mengetuk pintu hati ini
kembali merasai cinta yang tulus ikhlas
Adalah sesuatu yang sukar untuk aku lakukan..
Ya memang aku kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup aku dulu.
Perlukah aku menangis kerana lelaki lagi?
Tak perlu jadi bodoh kerana lelaki.
Andai ditakhdirkan aku bertemu jodoh sekali lagi,
aku akan belajar menyintainya selepas nikah.
Biarlah lelaki kat luar sana nak kata ape..
Kerana lelaki hanya mampu berjanji
tapi..
mereka tak mampu nak kotakan
dan janji hanya tinggal janji.
Aku hanya mampu berdoa bertemu jodoh dgn lelaki
yang betul2 ikhlas terhadap ku dan ank2.
Bukan hanya tau cakap kosong tanpa mampu buktikan ape2..
Sekian..


Sabtu, 5 Januari 2013

Tak da yang faham..

Ape salah aku?
Aku sedar aku ni janda.
Tapi teruk sangat ke status aku ni?
Aku tak minta jadi begini.
Tak ada mana2 perempuan dlm dunia ni nak kan penceraian.
Adakah wanita yg berstatus janda ni tak layak nak hidup bahagia?
Orang yang mengata boleh cakap sesuka hati tapi org tau ke ape yg berlaku dlm hidup aku n 
anak beranak dulu?
Saat2 aku susah n berdepan dgn kemelut rumah tangga
yg berlaku dahulu tak kan lah aku nak canang 1 dunia?
Org yg mengata tak kan faham sbb tak lalui ape yang aku rasa.
Ape korang rasa saat sarat mengandung ditinggalkan suami?
Aku yg menanggung keperitan tapi orang sesuka hati mengata aku ni
perempuan yang tak baik sbb tu lah jadi janda.
Terpulang la..
Aku tak dapat nak tutup mulut org yg nak mengata aku sesuka hati.
Suatu hari kalau terkena batang hidung sendiri nanti baru terasa..
:'(

Jumaat, 28 Disember 2012

Char Kuew Teow


Ini lah rupa char kuew teow yg adik aku masak.
Adik no.2 n 3 yg mengusahakan perniagaan sambilan ni.
Biasalah mula2 buka warung xda sambutan sangat 
tapi,
hari ke3 n seterusnye sambutan agak memuaskan sampai 
habis bahan jualan sebelum tgh malam.
Kebiasaannya...
Customer yg datang adalah org yg sama.
So..
Mesti lah char kuew teow tu sedap kan.
Nak delivery pn ada tp ada cas penghantaran n tgk kawasan lah.
Korang ape lagi bila nak datang singgah n rasa?
Pasti sedap, puas hati n datang lagi.
Hi3 :)..

Rabu, 26 Disember 2012

Yang teraniaya..

Kenapa kau buat aku mcm ni....
Tak cukup ke kau aniaya aku dgn anak2 dulu?
Tak cukup ke segala kesedihan yg aku lalui dulu?
Aku dah banyak tolong kau.
Aku rasa dah tak terhitung hutang2 kau dulu2..
Aku tak pernah suarakan kat mahkamah hak nafkah anak.
Aku boleh buat klu aku nak tapi
aku malas n x kuasa nk turun naik mahkamah.
Bukan aku minta nafkah yang sepatutnye kau bagi
tapi..
Kenapa kau sikit pun x nak tolong ank2 kau sendiri?
Dah nak naik sekolah tapi ada kau hulur?
Xda pun..
Kau janji,
pinjam duit aku n nak bayar balik.
Masa nak pinjam bukan main berjanji.
Aku tolong kau walau aku susah.
Tapi sekarang ape yg kau buat?
Aku x kisah kau aniaya aku.
Tapi kau sebenarnye aniaya ank2 kau sendiri.
Sampai hati kan kau buat mcm ni.
Aku lah yg t'kontang kanting cari nafkah tuk besarkan ank2 kau.
Aku x tau lah kau ni manusia jenis ape.
Anak pompuan tu boleh pula kau bagi duit.
Sape pompuan tu dgn kau yg masih status isteri org?
Sape anak dia dgn kau?
Xda kne mengena pun tapi kau ambil kisah.
Sedangkan anak2 kau sendiri,
Kau x peduli pun..
X pe lah z.
Suatu hari biar Allah je yg balas semua kekejaman kau ke atas aku n anak2 aku.
Dan
 jgn salahkan aku kalau suatu hari nanti ank2 kau akan buang kau terus dr kehidupan diorg 
sbb kau yg buat ank2 kau lupakan kau.
Dan jangan kau menyesal kerana tiada zuriat lagi selain dr ank2 aku.

Rabu, 19 Disember 2012

Annual Dinner McDonald 2012

Tema diner kali n adalah back 2 school.
 Aku fikir2 nk pki bju sek, klu beli bju sekolah x b'baloi pakai skli jer.
So, pakai kasual je la mcm cikgu sekolah.
Esok2 leh pki lg kn.
Lagi satu nak make-up kedai modal lg. 
Aku make-up sdri je la.
Berejam touch up muka n.


ni lah hasilnye..
not bad kan.
Hehe puji dri sndr lak..
Kata kne b'kumpul kat mcD dlm kul 4 tp dah kul 5.50ptg masih 
melangot kt mcD lg 
Menunggu ketibaan transpot org.
Dah kul 5> lah bru gerak.
Diner buat kat KSL.
Wah.. Cantik gak hotel dia.
Sepatutnye diner start kul 6ptg tp x tau lah pe slacknye, dah kul

7pm bru msuk ke dlm dewan.
Dah lah haus, lapar pula tu menunggu kat luar
dewan punye la lame....


dgn adk Suriati Salim


dgn sepupu Nurulain

Dah dgr ucapan dri Mr.Kaifan n oc serta bacaan doa, ikrar n nyanyian jalur gemilang,
tibalah saat2 kt org tuk melantak. Haha...
Banyak kt org mkn smpi x habis makanan.
Tu lah tamak sgt. 
Yela td kan lapar sgt. Bedal je la..




Dlm banyak2 persembahan, rasanya show dr store kt org lagi bagus.
Tapi...
Mcm kne sabotaj jer...
Dapat saguhati je.
Dah lah x menang, hamper yg dorg dapat pn kne rembat.
Ada lah malaun yg merembat tu.
Agak kuang ajak!!!.....
Penat jer dorg practise smpi x cukup tdo hri2 tp pe diorg yg dpt?
Hampeh...



K lah ni saja gambar yg sempat upload t ada masa upload lagi.
Sekian.....

Ahad, 16 Disember 2012

Jatuh motor :'(

Masa hari sabtu lepas adalah hari pertama belajar motor.
Balik dari kerja half day, pas makan terus siap2 nak kuar gi tunggu van. 
Kul 2 kuar umah tgk kat bus stop van dah ada tunggu aku. 
Dalam perjalanan ke sana, aku rasa tak sedap hati.
 Nape ek..
Aku malas nak layan perasaan. Berbual dengan budak pompuan sebelah aku ni.
Dalam hati terfikir juga boleh ke aku bawak motor lagi.
Maklumlah dah bertahun aku tak menunggang motor.
Ni pun nekad nak amik lesen motor.
Manalah tau ada gunanya nanti.
 Pasni baru wat lesen keta pula. Asyik harapkan org je
sampai bila aku nak maju.
Bila dah hidup sendiri baru lah 
aku terfikir nak wat lesen sume tu.
Menyesal tak wat sume tu dulu...
Hari ni sepatutnya belajar 3 jam.
Penat tu klu nak bawak motor sampai 3 jam.
Pas daftar gi tempat belajar motor.
Ada 3 org tgh menunggang. 2 perempuan n sorg lelaki.
Cikgu tanya boleh bawak motor?
Aku jawab dah lama tak bawak motor.
Dia cakap, saya tanya boleh bawak ke tidak.
Eh.. Nak marah pula.
Aku jawab lah boleh.
Pas dia terangkan laluan n ape perlu dilakukan masa kat laluan, dia bagi aku kunci.
Aku terus start enjin motor. Eh mcm tak boleh bawak je aku ni. 
Apa lagi mcm org kelam kabut je dibuatnya.
Aku teruskan je lah. Perah sikit mcm tak boleh kawal pula.
Entah mcm mana masa nak wat laluan bentuk lapan tu,
sebaik je aku tukar gear 2, terperah myk kuat sgt,
aku tak leh handle, Akhirnya aku jatuh..
Ya Allah....
Malunya aku masa tu. Tapi apakan daya malang tu kan tak berbau. 
Patutlah rasa tak sedap hati tadi.
Tangan ni luka sikit. Terasa belakang pinggang sakit. Tapi tak endahkan sebab tak ada luka.
Sampai kat dalam ofis, da kerani india yang sapukan ubat n plaster luka aku ni.
Jadi terus cancel belajar hari tu.
Balik la kul 5.
Dah sampai umah, barulah terasa satu badan sakit.
Mlm tak boleh tido sebab tak selesa.
Ntah kul bape aku terlelap pun tak pasti.
Bangun esoknya lagi bertambah sakit badan ni.
Hari ni pun sama. Lutut pun sakit. Tak dapatlah aku keje hari ni.
Gi klinik, dapatlah mc stu hari. Pasni aku pun tak tau akan ke permas nk belajar motor ble lagi.
Nampak gayanya, aku kne belajar kt umah dulu n belajar imbangkan badan dgn motor tu smpi boleh.
Klu tak nanti aku jatuh lagi.
Agghh!!!!!
 Sadis betul.....



Ni lah lukanya. Sikit je. Hihi..
Tapi badan yang sakit2 woo...